Open Cbox

vromm vromm

" wanna be the new me (!) "

Friday, September 9, 2011

ops SMKP

salam.oke pg td
mmg aku rasa semacam bila cegu yg on mike
tetybe suo semua kaunselor and cegu disiplin 
supaya tunggu lepas bacaan yasin habes
cegu lain plak bagaikan dihalau keluar

so bacaan yasin pun habes 
and cegu cegu semua dah nak beredar dari dewan
then tetybe pengetua suo masuk balik
"aku nak berucap neh.yang korg semua blah tu kenapa?" 
*dlm hati.takkan tyme on mike kot?haha

then pengetua mulalah bukak topik 
pasal sorg budak neh kuang aja dengan cegu
siap kata "kau tunggu lah mak bapak aku datang nnt."
dlm otak aku,aku dah boleh agk dah siapa
and memang betul tekaan aku
mmg dia yang buat hal

so yeah bila cegu yang tidak diperlukan telah beredar
tinggallah ktorg and para kaunselor and cegu displin
yang para ustzah pulak
pergi kat pintu and jaga pintu supaya bebudak tak boleh keluar
eyh dah mcm pak guard dah aku tengok
disebabkan ustazah yang jaga
jdk ustazah guard boleh?hihih

then bermulalah operasi
memula ops ANAK TUDUNG dijalankan
semua org kene bukak tudung
and siapa yang kepala hanya dibaluti tudung sahaja
semua kene beratur kat tengah dewan
dah macam pelarian dah aku tengok
and yang kepalanya hanya berbalut setengah sahaja
(maksudnya pakai scarf yang setengah)
yang tu pun kene tarik keluar

oke neh yang paling kelakar
memula aku tak perasan
then senior sebelah aku gelak gelak
sbb budak depan aku
pakai scarf yang lain dari lain
yang dipakai oleh PERENANG
ala ala nak berenang gitu

aku ckp kat asma
"dye tersesat dekat DARAT lah wei."
hahahahaha
lawak gila ! dah la half hitam half puteh
bapak lah kelakar
then dia tutup tutup pakai tudung,kesian kau,sorry

then bermula pulak ops RAMBUT BERWARNA
hal ini telah diwar war kan sebelum cuti raya
mmg dia kata nak cek and suo hitamkan sebelum naik skola
tp ada jugak yang degil bagaikan kerbau
masih mahu menyimpan rambut yang berkarat tu
then semua yang rambut ala ala 
besi karat tu,semua jdk model tak berbayar dkt dpn stage
nk ke runway tak boleh,dewan SMKP pun jdk lah kan?hihi

then ade plak ops LOVEBITE a.k.a GIGITAN CINTA
tapi malangnya aku rasa takde siapa pun yang telah digigit 
hahah dan aku sure
mesti DIA (you know who) hampa.hehe

then ops RAMBUT PENDEK
yang ala ala pengkid tu lah kan
ramai lah jugak yang kene tarik ke depan
tapi yang pengkid rambut panjang tu terselamat lah kan.hehe

yang rambut pendek tu
semua nya tarik tarik rambut mereka
alahai,mcm boleh panjang je rambut tu kalau ditarik tarik
hahahaha buat lawak lah plak tetengah saspen tu

tapi pengkid yang dahulunya sama skolah rendah dengan kamee
mmg smart lah rambut dia
smpai kan cegu kata 
"rambut apa neh?rambut k-pop?"
sambil cegu menyentak nyentak rambut dia

kesian rambut k-pop nya menjadi mangsa sentakkan
kalau rambut aku disentak
mmg kompem lah botak
rambut aku kan sdg mengalami keguguran yang pesat
huhuhuhuhu

then ops SUBANG SARAWAK


kenapa aku namakan ianya ops SUBANG SARAWAK?
sbb cegu kata,kalau nak sgt bertindik sampai 3
pergi skolah kat sarawak
tindik lah berapa banyak yang dikehendaki
hahahah mmg kat sarawak, students dia boleh tindik
  sampai tak nampak telinga lah kan?hihi

 aku terasa bagaikan seorang nenek pg td


yelah ape taknya
aku duduk dalam kelompok manusia
yang semuanya tgh pakai anak tudung 
pusing sebelah, ade nenek senior
pusing sebelah, ade nenek sebaya
tengok jauh sikit, ada nenek junior
hahahaha tahpape je
tyme tu jugak aku terengat akan nenek aku di kampung
hihi dah bye !

2 comments:

  1. aduhhh..npe ktat sgt peraturan sklh niyh??? x bestttt...:)

    ReplyDelete
  2. tahu takpe.mmg tak best langsung.tersekse gila kot.huhu.

    ReplyDelete