assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.
oke celita ini bermula semasa aku sedang menjalani sesi pertadikaan. saiz aku mmg lebih besar dari org lain start daripada aku tadika lagi. tyme tu, tadika aku semua kene pakai skirt. semua tu as in GIRLS lah kan. takkan lah BOYS sekali kot? mmg aku tadika dekat scotland lah kan kalau budak lelaki pun pakai skirt. uniform tu diserikan lagi dengan flute. baru lah lengkap. flute ke? aku pun tak tahu. hihi. aku pun pakai lah jugak skirt walaupun nmpk agak pelik. pelik tu,korg pk lah sendiri key. semua budak boleh celebrate bday dekat tadika. and kalau celebrate je,mesti potong cake, then main dekat playground. and kalau gie playground tu,mesti main gelongsor. cheh gelongsor. haha. and then aku terasa yang aku neh gemuk bila aku tak boleh slide down dengan mudah seperti rakan rakan yang lain. hurm apekan daya? aku hanya boleh berdiam diri. ape pandang pandang? alah even aku gemuk pun, aku graduate dengan cemerlang jugak dari tadika tu. diam kau, tayah sebuk !
itu celita tadika. jom bukak celita tyme aku sekolah rendah plak. tahun satu, aku pakai pinafore. yelah org lain syok pakai pinafore, aku pun nak. kecik lg kan tyme tu. kalau takpat, mmg kompem aku menangis. huhu. em kejadian yang aku paling takkan lupa adalah semasa tasya ejek aku gemuk. aku pun menangis tak henti henti then dia pujuk tak henti henti jugak. aku neh kan manja. anak last lah katakan. so aku mmg mudah menangis. bila aku dah masuk sekolah menengah, baru aku tahu yang dia pujuk bukan sebab kesian. tapi sbb takut cegu marah dia. sengal nya kau?!
then masuk plak tahun dua pasuh tahun tiga. kejadian tahun dua dan tiga, aku tak berapa nak ingat. so biarkan sahaja eyh? then masuk plak tahun empat. aku engat lagi bila mbe aku tny kat cegu. "teacher, why shy cannot be in group singing?" cegu tu hanya tersenyum sinis. and dia kata yang aku gemuk and aku tak boleh nak lompat lompat nnt bila tengah perform. aku hanya diam dan mengukirkan senyuman untuk mengaburkan mata mereka. untuk fake depan mereka yang aku tak kisah dikatakan sebegitu rupa. tapi dlm hati? aku memang sedih gila and sampai sekarang aku masih bencikan cegu tu. tapi takpa. aku masih diperlukan untuk kumpulan nasyid sekolah. and cegu suo aku stayback petang petang then join budak olahraga. sbb apa? aku dimasukkan ke pemain short part sekolah. alah, lontar peluru... bukan join dorg sbb nak lari, tp sebab aku physically layak untuk short part.
tahun lima pulak, ustazah neh panggil aku. dia panggil semua budak yang pernah masuk nasyid and suo ktorg pergi audition. pergi test suara boleh nyanyi ke tak. then aku tak dapat padahal last year dapat. then cegu tu kata, aku takyah la masuk cm tahun lepas. sbb nnt baju tak muat. hurm cuba bayangkan? hati aku hancur gila kot tyme tu. oke takpe. aku pasrah je. and tyme tahun lima neh jugak, aku masuk short part lg and dapat masuk daerah dengan faezah. tyme tu jugak aku, kulit aku terbakar sbb hari hari training. dah macam kel dah aku tengok muka aku. berkilat woooooohhhhhhhh muka aku. then aku,asma,ain,tasya,fel and blah blah blah main bola jaring. tu pun aku dpt position GS. goal shooter. sbb aku mana larat sgt nak lari lari neh. huhu. then tahun lima neh jugak, aku tasya fel nad pergi audition choral speaking. nasib baik lah choral speaking neh tak tengok badan. ktorg dapat pergi nationals. and akan dapat baju free. cegu bagi baju tu kat aku yang paling last sekali. dia bg mbe mbe aku yang kecik kecik dulu. sbb apa? sbb takda size untuk aku. aku pun ambik jelah baju yang kecik tu and tak dapat pun pakai. hurm sedih -.- ada satu kejadian neh yang tak boleh blah. cegu aku tengah ckp pasal org gemuk. and tetybe plak mbe aku neh pergi ckp sambil tunjuk "gemuk mcm shy! " ya Allah. cuba bayangkan apa yang aku rasa? akhir tahun lima, aku dah beransur untuk mengecilkan badan. aku tak perasan pun actually. and aku perasan bila cegu tuchen aku ckp aku semakin kurus. eyh betul ke neh??
tahun enam. skolah bukak. and semua org pandang aku semacam. sbb aku bukan aku yang dulu lagi. bukan shy yg gemuk lagi. aku pun tak tahu ape yang aku dah buat. aku pun tak percaya yang aku boleh bubah. ALHAMDULILLAH.
hurm korg nak gelak, gelak lah. aku hanya berkongsi celita sbb nak jdkkan pengajaran. jangan sesekali menghina org gemuk. kerana org gemuk juga mempunyai hati dan perasaan. dan anda itu takkan selamanya kurus. kalau anda sering mentertawakan org gemuk, tak bermakna anda TAKKAN jdk sperti org gemuk. jika Allah dah tentukan balasan buat anda, pasti suatu hari nanti anda akan terpaksa mengahadapi situasi yang sama seperti apa yang org gemuk rasa selama mereka hidup. dan org yang gemuk takkan selamanya gemuk kalau dia berusaha. dah bye.
hurm korg nak gelak, gelak lah. aku hanya berkongsi celita sbb nak jdkkan pengajaran. jangan sesekali menghina org gemuk. kerana org gemuk juga mempunyai hati dan perasaan. dan anda itu takkan selamanya kurus. kalau anda sering mentertawakan org gemuk, tak bermakna anda TAKKAN jdk sperti org gemuk. jika Allah dah tentukan balasan buat anda, pasti suatu hari nanti anda akan terpaksa mengahadapi situasi yang sama seperti apa yang org gemuk rasa selama mereka hidup. dan org yang gemuk takkan selamanya gemuk kalau dia berusaha. dah bye.
No comments:
Post a Comment